Sebuah fenomena yang mengejutkan orang ramai telah berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu yang melihatkan sebuah gunung berapi memuntahkan lumpur dengan jumlah yang banyak selepas dipercayai meletus.

Insiden yang berlaku pada 18 September ini sempat dirakam oleh seorang individu sebelum tular di media sosial yang sekaligus menarik perhatian netizen melihat fenomena gunung berapi lumpur.

Baca Juga:

Fenomena yang jarang-jarang berlaku ini turut dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 2015.

Dalam pada itu, menurut pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul ketika dihubungi Harian Metro, beliau memamklumkan fenomena letusan gunung berapi lumpur itu merupakan perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

“Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur yang aktif kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya menerusi WhatsApp.

Difahamkan kewujudan gunung berapi lumpur di Sabah ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah, sudah berlaku beberapa kali di beberapa lokasi lain termasuk Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Situasi yang berlaku nyata menarik perhatian netizen yang hadir dengan pelbagai pendapat. Berikut merupakan respon netizen terhadap fenomena yang berlaku.

Sumber: facebook harian metro
Sumber: facebook harian metro
Sumber: facebook harian metro

Bukan itu sahaja, Pulau Tiga kini turut menjadi tarikan pelancongan di Sabah hasil daripada letusan gunung berapi lumpur pada tahun 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina.

Sumber