Rasa-rasanya semua orang sudah tahu mengenai fenomena #keeperkatmana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian ini berlaku di dalam perlawanan Piala AFF 2014 Sabtu lepas, Malaysia menentang Singapura. Pada gol ketiga, penjaga gol Singapura Hassan Abdullah Sunny tidak diketahui berada di mana, penyerang Malaysia Indra Putra berjaya menyumbat satu gol. Akhirnya Malaysia memenangi perlawanan ini dengan keputusan 3-1. Perlawanan ini mencetuskan fenomena Keeper Kat Mana.

Ada yang kata keeper pergi tandas.

Lihat video parodi di bawah yang menambahkan kelucuan situasi berkenaan.

Taufik Batisah pun sempat buat lagu.

Baru kami tahu keeper kat mana. Rupanya dia pergi menyerang di kotak penalti lawan sehingga membiarkan gawangnya kosong! Penyerang Malaysia tidak mensia-siakan peluang ini, terus meluru ke pintu gol Singapura dan akhirnya, GOLLL!

Kalaulah Hassan berjaya memboloskan gol ke gol Malaysia, ia pasti menjadi sesuatu yang epic. Tetapi apabila ia tidak berjaya, ia menjadi fenomena #keeperkatmana yang terkenal itu!

Komen sikit di sini. Kami mahu tahu apa anda rasa mengenai Keeper Kat Mana!

Like Facebook Page The Vocket di sini.