Venus dan Jupiter telah bertemu dua tahun lalu pada waktu senja. Kini kedua-dua planet kembali menetapkan janji pada awal pagi 12 November 2017 di mana ia akan bersinar terang di langit timur sebelum matahari terbit.

Sebenarnya dua planet ini, Zuhrah dan Musytari (nama dalam Bahasa Malaysia) jauh antara satu sama lain dan bergerak dengan kelajuan tersendiri di angkasa lepas. Tapi kedua-duanya dijangkakan berada di tahap rendah selama sejam kelihatan berdekatan dapat dilihat dengan jelas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut antara gambar yang pernah dirakamkan oleh jurugambar mengenai fenomena ini:

1. Pada 2012, Marek Nikodem (PPSAE) telah merakamnya dari Szubin, Poland.

Gambar: Marek Nikodem (PPSAE)

2. Pada 2014, Stefano De Rosa telah merakamnya dari Capoliveri, Kepulauan Elba.

Gambar: Stefano De Rosa

3. Pada 2015, Letian Wang telah merakamnya dari Beijing, China.

Gambar: Nasa

4. Pada 2016, Shahrin Ahmad telah merakamnya dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Gambar: Shahrin Ahmad

Anda tidak memerlukan teleskop untuk melihat Venus dan Jupiter pada subuh ini terutama lebih kurang 45 minit selepas waktu Subuh. Tapi jika menggunakan teleskop, anda diminta berhati-hati kerana cahaya matahari akan terbit dari arah yang sama.

Pertemuan Venus dan Jupiter ini biasanya akan berlaku pada sudut yang berbeza setiap 13 bulan dan selepas 24 tahun, konjungsi yang sama akan berulang.