Sudirman Hj Arshad atau lebih dikenali sebagai Sudirman adalah seorang penghibur tulen yang pernah dilahirkan oleh industri hiburan di Malaysia. Namanya yang cukup gah telah berjaya mengumpulkan peminat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dia yang terkenal dengan semangat dan keupayaannya untuk menyatukan peminat telah berdiri sama tinggi dengan seniman agung tanah air iaitu Tan Sri P.Ramlee. Seperti filem-filem P.Ramlee, lagu Sudirman juga tidak pernah bosan didengar sehinggalah sekarang.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Karier nyanyiannya bermula setelah berjaya memenangi pertandingan nyanyian Bintang RTM pada 11 Ogos 1976. Selepas itu, Sudirman terus melangkah maju sehingga dia dinobatkan sebagai penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989 menerusi pertandingan Asian Popular Music Awards yang diadakan di Royal Albert Hall di London.

sudirman15_n

Sepanjang bertapak dalam industri hiburan tanah air, Sudirman telah digelar dengan banyak nama dan antaranya adalah “Singing Lawyer”, “People’s Singer”, “Patriotic Singer” dan “Elvis Presley and Claude François of Malaysia”.

Chow Kit dibanjiri 100,000 orang

Chow Kit adalah nama yang tidak asing lagi bagi setiap rakyat Malaysia. Ia menjadi tumpuan buat kaki bundle yang mahu mencari barangan rare serta tempat tumpuan buat mereka yang gemar menikmati cendol durian yang terletak di Jalan Raja Alang.

Chow Kit pada gambaran masa kini adalah tempat yang mengumpulkan komuniti warga asing dari negara seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar atau komuniti dari Afrika.

11244398_998193090268015_9023655286687504155_n

Namun, 34 tahun yang lalu. Chow Kit pernah mencipta sejarah besar buat industri hiburan tanah air apabila berjaya mengumpulkan 100,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan individu yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut adalah Sudirman.

Laluan yang menjadi jantung ibu kota yang biasanya sibuk dengan kenderaan keluar masuk telah bertukar menjadi pentas konsert mega yang dijalankan secara percuma. Peminat yang hadir telah membanjiri Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda sehinggalah ke Jalan Raja Alang

Tan Sri Zaman Khan, Ketua Polis Kuala Lumpur pada ketika itu tidak pernah menyangka bahawa konsert ini telah menarik ramai orang. Situasi yang tidak disangka-sangka ini telah membuatkan dia berdoa dipejabatnya agar keadaan di Chow Kit berlangsung dalam keadaan terkawal.

13007175_998193103601347_4307876564548925006_n

Lebih hebat lagi, peminat Sudirman tidak hanya membanjiri jalanan. Mereka juga dilihat memanjat pokok dan bumbung untuk melihat dengan mata mereka sendiri penghibur nombor 1 negara membuat persembahan.

Tabloid Bahasa Inggeris, The Star, menulis bahawa “Kuala Lumpur tiba-tiba berhenti dan ianya tidak ada kaitan dengan kemelesetan, tetapi disebabkan seorang, penghibur nombor satu di Malaysia, dengan persembahan yang hebat dan malam yang paling dikenang.”

Konsert ini dikira paling berjaya dalam sejarah industri hiburan tanah air. Sehingga sekarang tiada seorang pun penyanyi, baik perempuan ataupun lelaki, yang berjaya mencipta fenomena seperti Sudirman.

Konsert_di_Chow_Kit_Road-Sudirman

“Dia pun tak sangka yang seramai ini yang datang. Ia merupakan satu kejayaan yang besar untuk dia, satu pencapaian yang memuaskan di Malaysia” kata Bahyah Mahmod, dipetik daripada dokumentari Sudirman.

Perginya sebuah permata negara

Sudirman telah meninggal dunia pada 22 Februari 1992. Beliau meninggal dunia di kediaman kakaknya, Datin Rodziah Arshad di Bangsar selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru.

Dia merupakan anak ke 7 daripada 9 adik-beradik. Ibunya Hajah Romlah binti Dahalan pernah menjual kain ela dan pakaian dan juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan manakala bapanya Haji Arshad bin Haji Hassan seorang pengurus Syarikat Bas Temerloh.

Sudirman Pergi Buat Selamanya – Mingguan Malaysia

Sepanjang bertapak dalam industri hiburan tanah air, bakat Sudirman telah dihargai dengan pelbagai anugerah dari luar dan dalam negara.

Setelah 17 tahun pemergian Sudirman, pada tahun 2009, dia telah dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang. Kakaknya, Datin Rodziah Arshad mewakili beliau untuk menerima pingat ini.

Tahukah anda, pada tahun 1991, Ahmad Samerin telah berjaya memenangi RM1 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991

Anda Mungkin Suka