Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd, pengerusi di syarikat percetakan PTS dan pengasas Ainon Business School dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga nota ini dapat menjadi tauladan kepada anda untuk memulakan bisnes pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fenomena anak muda termakan cakap buaya yang mengajak dia terjun masuk sungai….

Di luar sana, banyak orang memberikan nasihat-nasihat percuma kepada anak-anak muda tentang cara-cara buat bisnes yang cepat untung dan untungnya sangat besar pula.

Anak-anak muda itu baru lepas belajar di IPT. Mereka memang masih fakir-ilmu-bisnes. Nasihat buaya pun mereka percaya sebagai nasihat yang betul.

Mendengar nasihat percuma si buaya, lalu mereka terjun ke dalam sungai. Kenyanglah si buaya!

TANYA: Siapa-siapakah ‘buaya-buaya’ itu?

JAWAB: Sesiapa yang mendapatkan keuntungan kewangan daripada orang-orang yang menerima nasihat bisnes yang diberikannya secara percuma itu.

Contoh buaya:

  • Wakil syarikat francaisor yang memberi nasihat percuma kepada anak-anak muda supaya membuka bisnes francais.
  • Wakil kilang OEM yang memberi nasihat percuma kepada anak-anak muda supaya mengeluarkan sendiri produk kesihatan, kelangsingan, kecantikan secara OEM.
  • Kontraktor bangunan rumah burung walit yang memberi nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka bisnes pengeluaran sarang burung.
  • Pemilik traktor back-hoe yang memberi nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka bisnes pengeluaran ikan keli, ikan talipia, udang, menggunakan kolam-kolam.
  • Kontraktor pembinaan kandang ternakan yang memberi nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka bisnes menjual susu kambing segar.
  • Pengusaha nurseri anak kayu jati yang memberi nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka ladang pokok kayu jati.

Nota tambahan: Orang pencen, orang pesara, orang VSS pun dalam kategori yang sama dengan anak-anak muda.

BACA: Bagaimana Untuk Memulakan Sebuah Bisnes Start-Up

BACA Lagi: 6 Langkah Mengembangkan Duit Dalam Bisnes

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram