Sejarah tercipta buat negara apabila gol pemain tengah Penang, Faiz Subri berjaya berada di peringkat akhir top 3 Anugerah FIFA Puskás. Faiz merupakan pemain Asean pertama yang berjaya ke top 3 dalam anugerah ini. Pure golazo from Faiz Subri!

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Anugerah FIFA Puskas adalah anugerah untuk mengiktiraf gol cantik yang dijaringkan pemain dari serata dunia. Jadi siapakah dia insan di sebalik nama Puskás ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ferenc Puskás dilahirkan pada 1 April 1927. Beliu bermain untuk Hungary dan sememangnya seorang striker yang profilik. Rekod gol beliau adalah 84 gol dalam 85 perlawanan kebangsaan dan 514 gol dalam 529 perlawanan liga. Boleh dikatakan ratio gol Puskás adalah 1 gol dalam setiap perlawanan. Sepanjang kariernya beliau cuma bermain untuk tiga kelab; Kispect, Budapest Honvéd dan Real Madrid.

Ketika era 1950an dan 1960an, Puskás adalah antara pemain ternama di era itu. Beliau beraksi di Real Madrid ketika usianya 31 tahun dan meninggalkan impak yang besar pada Real Madrid. Peminat sebenarnya terkejut dengan kehadiran Puskás di real Madrid kerana satunya beliau sudah berusia dan keduanya pasukan Real Madrid sudah mempunyai ramai star ketika itu. Puskas menepis semua kritikan itu apabila beliau menyumbat 180 gol dalam 156 perlawanan bersama Real Madrid. Beliau juga merangkul Penjaring Terbanyak Liga Sepanyol (Trofi Pichichi) selama 4 kali berturut-turut (1959-1964) ketika bermain di Real Madrid.

https://www.youtube.com/watch?v=rZfCDHegItE

Real Madrid turut mengiktiraf Puskás sebagai ‘pemain kaki kiri terbaik pernah bermain di Santiago Bernabéu’. Beliau turut mempunyai nama timangan yang diberi kepadanya oleh peminat iaitu Pancho dan Cañoncito pum. Ketika di Real Madrid, beliau sempat bermain bersama legenda Real Madrid yang lain antaranya Alfredo Di Stéfano, Kopa, Rial, Santamaría, Gento dan Domínguez. Beliau juga adalah salah seorang dari The Golden Team pasukan Hungary yang merangkul pingat emas di Olimpik 1952.

The Legendary Trio : Alfredo Di Stéfano, Francisco Gento & Puskás Ferenc
The Legendary Trio : Alfredo Di Stéfano, Francisco Gento & Puskás Ferenc
"if he kicked the ball once, he scored two goals," Zoltan Czibar
“if he kicked the ball once, he scored two goals,” Zoltan Czibar

Beliau meninggal dunia pada 17 November 2006 dan sebagai tribute untuk pemain hebat ini, sebuah anugerah diberi atas namanya iaitu Anugerah Puskás FIFA, sebuah anugerah untuk mengiktiraf gol cantik dari serata dunia yang dimulakan pada tahun 2009. Pemenang untuk anugerah Puskás yang pertama adalah Cristiano Ronaldo, gol knuckleball yang beliau jaringkan menentang Porto ketika Ronaldo masih menyarungkan jersi Manchester United.

https://www.youtube.com/watch?v=ZaAJtc22v8E

Dengan kehebatan dan abiliti beliau menjaringkan gol, memang tepat untuk meletakkan nama Puskas pada anugerah ini. Ramai beranggapan namanya yang unik menjadikan beliau the one and only great Puskas dan nama yang tepat untuk anugerah ini.

Buat Faiz Subri, all the best untuk Anugerah Puskas FIFA tahun ini. Harap-harap impian beliau untuk bertemu Cristiano Ronaldo tercapai. Jaringan Faiz Subri memerlukan undian anda dan anda boleh mengundi di sini. Pemenang untuk anugerah ini akan diumumkan pada 9 Januari depan. Go Faiz!