Pakar pengubahsuaian kereta, NOVITEC baru-baru ini telah mengubah suai Ferrari 812 Superfast seolah-olah model Ferrari masih belum cukup sempurna apabila NOVITEC memutuskan untuk menambah penghasilan visual kepada kereta yang berprestasi tinggi ini.

Pada masa ini, pakar NOVITEC sedang berusaha untuk mengubah dalam meningkatkan lagi kualiti model tersebut dengan menaik taraf prestasi kereta tersebut kepada V12 6.5 liter untuk menghasilkan 800 PS dan 530kg tork (718 Nm).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sistem ekzos ‘super sport’ yang dihasilkan dalam warna matte atau keluli tahan karat pula telah digilap dimana ianya boleh menjimatkan 11kilogram berbanding ekzos yang digunakan Ferrari.

Ferrari-812-Superfast-By-Novitec-0-Hero

3ujxuhgagicd_wd640

ferrari-812-superfast-by-novitec5

NOVITEC juga menggunakan sport spring untuk membantu menavigasi melalui speed bump serta menambahkan flaps aktif dan tips yang luas untuk meningkatkan bunyi enjin 6.5 liter V12 789 kuasa kuda.

Setakat ini harga model Ferrari 812 Superfast sentuhan NOVITEC masih belum dikongsikan kepada umum. Walaubagaimanapun, harga yang jauh lebih tinggi daripada RM1,400,000.00 antara yang dijangkakan melihatkan model asas Ferrari 812 Superfast yang ditawarkan pada harga sedemikian.