Apa yang akan terjadi kepada sebuah kereta jika dibiarkan sahaja tanpa digunakan selama 40 tahun? Jawapannya nilainya akan berganda jika ianya sebuah kereta Ferrari.

Ferrari 365 GTB/4 atau lebih dikenali sebagai Daytona ini dihasilkan sekitar tahun 1969 hingga 1973. Hanya 1,200 unit dihasilkan dan hanya 5 daripada model ini diperbuat daripada alluminium alloy. Daripada 5 ini, hanya satu yang dibenarkan Ferrari untuk kegunaan di jalan raya. Inilah modelnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya dijual pada seorang pengasas majalah kereta di Italy dan kemudiannya diimport ke Jepun pada tahun 1971. Setahun kemudiannya, ianya dibeli oleh seorang warga Jepun bernama Makoto Tai dan diletakkan di garajnya. Sejak itu, ianya tidak disentuh dan di bawa keluar. Sepanjang tempoh itu, kereta ini menerima tawaran dari peminat kereta Ferrari namun ditolak oleh Makoto.

Ferra2

Namun, Makoto akhirnya mahu berpisah dengan Ferrari kesayangannya. Menariknya, ianya akan dijual dalam keadaan sedia ada (dibersihkan namun tiada restoration pada bahagian-bahagian dalaman) dan kemungkinan akan terjual pada harga melebihi USD2 juta.

Dengan mileage yang baru 22,611 batu, peminat setia Ferrari pasti teruja dengan model yang rare ini. Ianya akan mula dilelong pada 9 September di sini. Permainan orang kaya kumpul kereta Ferrari ini. Kita dapat kumpul Hot Wheels Model Ferrari pun sudah memadai.

ferra3

ferra4

ferra5

ferra6

ferra7

ferra8