Model F430 Challenge dari pengeluar auto Itali yang terkenal ini telah pun ditamatkan setelah digunakan untuk perlumbaan terakhirnya pada tahun 2015. Menerusi acara bidaan yang berlangsung yang bakal berlangsung Amerika Syarikat tidak lama lagi, model ini telah diberi sentuhan oleh artis pop British, Ben Levy untuk hasil kerja seni cat khas.

Badan kenderaan ini dicat dengan pelbagai warna berbeza dengan tulisan pada seluruh badan kereta ini. Uniknya mengenai hasil seni ini adalah kehadiran beberapa watak kartun ikonik seperti Mikey Mouse dan watak Brain daripada cerita Pinky and the Brain. Kereta ini dikuasakan dengan enjin iaitu 4.3 liter V8 yang menghasilkan 483 kuasa kuda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

F430 Challenge yang diwarnakan cat istimewa ini bakal di mula dibida dengan harga permulaan $120,000 (RM 469,644) di Broward County Convention Center.

ferrari-f430-challenge-art-car-ben-levy-1