NAZA Italia nampaknya kembali lagi menawarkan model Ferrari F8 Tributo di pasaran tempatan bersempena dengan ulang tahun pengedar kenderaan ini di Malaysia.

Model terbaru ini dihasilkan bagi menggantikan model Ferarri 488 GTB. Melalui model ini Ferrari telah memberi kemasan dari segi prestasi enjin serta rekaan dalam menampilkan rekaan yang lebih aerodinamik dan moden.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi enjin, Ferarri F8 Tributo dikuasakan dengan enjin V8 3.9 liter yang menghasilkan 710 kuasa kuda serta 770Nm. Pecutan 0-100km/h mula cuma mengambil masa selama 2.9 saat sahaja serta mampu mencapai kelajuan maksimum mencecah 340km/h.

Bagi memudahkan pengedalian serta menawarkan posisi yang lebih baik buat pemandu, Ferrari telah memperkenalkan Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) dalam menawarkan kokpit yang lebih baik. Gabungan lampu LED yang kompak serta rekaan yang aerodinamik sekaligus membuatkan model ini kelihatan sexy dimata peminat.

ferrari-f8-tributo

ferrarif8tributo-1

190046-car-f8-tributo-geneva-motorshow-2019-1551804698

ferrari-reveals-the–4_800x0w
Sumber: topspeed

Bahagian luaran model ini dipadankan lampu utama LED lebih kompak yang membolehkan ciri aerodinamik digabungkan dengan ambilan penyejukan brek baharu pada luar bampar. Ini bagi meningkatkan aliran udara keseluruhan gerbang roda.

Ferarri F8 Tributo bakal mula diedarkan oleh NAZA Italia dengan harga RM1.068 juta tidak termasuk cukai. Pastinya model ini bakal menjadi pilihan para bangsawan yang cintakan akan kelajuan.

Sumber