Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari Isnin yang lalu, Federico Marchetti yang merupakan seorang pemain bola sepak Itali, telah membawa kereta Ferrari 812 Superfast miliknya pergi membasuh kereta di pusat membasuh kereta sebelum dia menuju ke pusat sukan untuk latihan bola sepak.

Difahamkan setelah kereta miliknya telah siap dibersihkan, salah seorang pekerja pusat membasuh kereta tersebut memandu kereta terbabit menuju ke pusat sukan untuk memulangkan kereta beliau.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Tetapi nasib tidak menyebelahi pekerja pusat membasuh kereta pada hari itu kerana semasa dalam perjalanan dia tidak dapat mengendalikan kereta tersebut dengan baik mengakibatkannya hilang kawalan dan merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan pada kawasan berhampiran.

vocket-ferrari-812-superfast-federico-marchetti-4-1

Sumber Gambar: ilmessaggero.it

vocket-ferrari-812-superfast-federico-marchetti-5-1

Sumber Gambar: unanimodeportes.com

Federico Marchetti bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi marah atas kemalangan tersebut. Beliau simpati dengan kemalangan yang terjadi dan bersyukur kerana tiada sesiapa pun mengalami kecederaan semasa kejadian tersebut berlaku.

“Saya memohon maaf atas apa yang berlaku, syukur tidak ada yang tercedera dan ini adalah berita yang paling penting sekali. Biarkan sahaja ia berlalu, saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya rasa ada perkara lain yang lebih penting di dalam hidup ini,” kata Federico Marchetti.

Ferrari 812 Superfast merupakan sebuah jentera berprestasi tinggi yang dikuasakan enjin baharu 6.5 liter natural-aspirated V12. Kereta ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 340 km/j.

Kereta Ferrari 812 Superfast mula masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2017 dan boleh dimiliki bermula dengan harga asas RM1,578,800.00 (tidak termasuk cukai dan kos-kos tambahan yang lain).

Baca lagi kisah-kisah kemalangan yang berlaku melibatkan kenderaan berkuasa tinggi melalui pautan di bawah.

Kemalangan Paling Mahal Melibatkan McLaren 720s Yang Berharga RM1.49 Juta Di Lebuh Raya MEX

‘Tak Rasa Apa Dari Pinggang Ke Kaki’- Hafizh Syahrin Kongsi Detik Kemalangan Ngeri Di Austria

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Anda Mungkin Suka