Syarikat automotif dari Itali pada kali ini kembali lagi dengan sebuah model terbaru daripada mereka iaitu SF90 Stradale dimana model ini merupakan model terpantas pernah dihasilkan jenama ini.

Mengulas dari segi enjin, Ferrari SF90 Stradale dilengkapkan dengan enjin V8 dengan 986 kuasa kuda dan apa yang membuatkan model ini unik adalah ianya dilengkapkan dengan teknologi plug-in hybrid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyertaan tiga motor elektrik pada model ini membolehkan Ferrari SF90 Stradale menghasilkan 217 kuasa kuda tambahan daripada enjin V8 yang dilengkapi dengan 760 kuasa kuda.

Berdasarkan percubaan, model ini mampu memecut 0-100km/h dalam jangka masa 2.5 saat sahaja serta mampu bergerak dalam mood elektrik sepenuhnya sejauh 25km. Had kelajuan maksimum yang direkodkan pada model ini adalah 340km/h.

Ferrari pada kali ini turut menawarkan rekaan dalaman yang lebih moden dengan penyertaan skrin 16-inci. Jenama ini masih belum mengumumkan harga rasmi bagi model ini walaubagaimanapun, harga mencecah jutaan Ringgit antara yang dijangkakan pada model terpantas Ferrari ini.

ferrari-sf90-stradale-021

ferrari-sf90-stradale-061

ferrari-sf90-stradale-031

ferrari-sf90-stradale-051