Tahun 2013, filem arahan Martin Scorsese ‘The Wolf Of Wall Street’ menceritakan tentang kisah hidup ahli perniagaan Jordan Belfort yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio. Sekarang anda berpeluang untuk membeli kereta peribadi milik Belfort sendiri, Ferrari Testarossa buatan tahun 1991.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Leonardo Sebagai Belfort dalam the wolf of wall street

Leonardo Sebagai Belfort dalam the wolf of wall street

Walaupun ianya bukan Lamborghini Countach seperti dalam filem tersebut, ianya tetap supercar yang cun dan mempunyai warna yang sama, putih. Belfort membeli kereta Ferrari ini pada tahun 1991 ketika beliau menetap di New York.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Sebagai bukti bahawa kereta ini adalah milik Belfort, kereta itu nanti akan didatangkan dengan warranty book dengan nama dan alamat Belfort tertera di atasnya. Kereta itu turut datang dengan luggage bag dalam boot kereta ini dan duit kertas USD50 yang penjual kereta ini jumpa di dalam salah satu luggage bag itu, kemungkinan besar milik Belfort. Kereta ini nampaknya tidak dipandu jauh kerana meternya hanya setakat 8300km.

Kenderaan itu kini dijual di Monaco. Dan jika anda berminat untuk membeli, boleh test drive kereta tersebut dahulu di Monaco. Atau anda boleh berhubung dengan penjual kereta itu di sini.

1991ferraritrwhitetan-003

1991ferraritrwhitetan-006

1991ferraritrwhitetan-013

1991ferraritrwhitetan-017

1991ferraritrwhitetan-025