Melaka merupakan antara destinasi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara. Bukan sahaja mudah untuk dikunjungi, malah para pengunjung dapat melihat pelbagai peninggalan sejarah di sana.

Terbaharu, sebuah taman tema terbesar Malaysia bakal dibina di Klebang. Difahamkan, taman tema tersebut yang dilengkapi dengan ferris wheel terbesar di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara akan menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, projek yang bernilai RM600 juta itu merupakan pelaburan daripada syarikat swasta dan kini hanya menunggu kelulusan.

Tambahnya, taman tema itu turut akan dilengkapi dengan projek underwaterworld, kapal selam dan peralatan tentera perang. Ia bukan sahaja bakal menjadi lokasi liburan buat seisi keluarga, bahkan pada masa sama ia juga berbentuk hiburan dan pembelajaran sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.

Tahukah anda bahawa ‘onsen’ terbesar Malaysia bakal dibina di Hulu Langat? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Onsen’ Terbesar Malaysia Di Hulu Langat Bakal Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Taman Tema Air Tropika Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Dengkil

Pertama Di Dunia, Taman Tema Air ‘Mudah Alih’ Angry Birds Dibuka Di Semenyih

Sumber