Kami tahu ramai yang cintakan ayam goreng dan hanya untuk hari ini dan esok, berlangsungnya festival Ayam Lejen 2 di perkarangan LRT Ara Damansara.

10 gerai ayam goreng ternama dari serata Malaysia antaranya Wak Kentut JB (ya memang nama kedainya begini), Kyochon, MyBurgerLab, Familia Fried Chicken dan banyak lagi pasti membuatkan anda tersenyum dengan hidangan ayam goreng yang beraneka jenis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara ayam goreng unik yang anda akan jumpa di sini termasuklah Chicken Milo Strips yang dicicah dengan sos budu, Ayam goreng belacan, ayam goreng Horlicks dan banyak lagi!

Kalau anda teringin hendak rasa pelbagai pilihan ayam goreng di satu tempat, jangan lupa singgah LRT Ara Damansara. Mudahnya anda naik sahaja perkhidmatan LRT dan turun di stesyen LRT Ara Damansara. Tak perlu pening kepala untuk fikir tentang parkir kereta. Jumpa anda di sana!