Untuk anda (serta anak anda) yang cintakan LEGO, ini mungkin masa terbaik untuk bawa anak anda ke LEGOLAND® Malaysia untuk sama-sama menyertai festival Build The Thrills!

Bermula sejak 15 April hingga 26 Jun 2022, festival ini memberi peluang untuk anda membina sendiri kereta idaman daripada LEGO mengikut imaginasi serta kreativiti diselangi dengan pelbagai aktiviti serta persembahan menarik untuk para pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda juga berpeluang untuk melihat dan bergambar dengan model skala besar LEGO® Ferrari 512 M model yang mempunyai berat 280kg dan mengambil masa 164 jam untuk direka dan 480 jam lagi untuk dibina menggunakan 78,496 ketul LEGO! Terdapat juga beberapa model kereta lain yang ada di serata LEGOLAND Malaysia untuk anda cari.

“Setiap aktiviti yang kami buat di LEGOLAND Malaysia hadir daripada minat. Kami ingin cipta satu pengalaman tidak dilupakan bagi anak-anak bersama keluarga dan pada masa yang sama, ibu dan ayah dapat luangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak,” kata CS Lim, Divisional Director di LEGOLAND Malaysia Resort.

Apa yang menarik di Build The Thrills?

Pengunjung yang cintakan kereta, kelajuan dan mereka sesuatu pasti akan sangat enjoy bila berada di sini. Bagi mereka yang mahukan lebih cabaran, boleh membina kereta menggunakan set LEGO® Technic yang lebih rumit.

Anak-anak juga berpeluang untuk rasa bagaimana perasaan membawa kereta dengan memandu di Driving School dan mereka berpeluang untuk mendapat ‘Best Driver Medal’.

Pengunjung juga boleh mengasah kemahiran membina kenderaan dengan menyertai bengkel STEM di zon Lego Mindstorms. Pengunjung berpeluang mempelajari pelbagai kelengkapan yang ada di Lego Technic untuk membina kenderaan yang menyerupai pergerakan sebenar

Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan di pentas utama dengan acara menarik Stunt Shows, Tech Mech, dan Bike Stunts. Terdapat juga acara nyanyian dan tarian oleh LEGO Friends of Heartlake City, yang tampil dengan pakaian pelumba kereta. Legoland Resort juga menyediakan hadiah cabutan bertuah setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di pentas utama untuk pengunjung yang membeli produk Lego.

Untuk maklumat lanjut tentang Festival Legoland Build The Thrills, layari laman web di sini.

Promosi Khas ‘Build The Thrills’ daripada LEGOLAND Malaysia Resort

Bersempena Build The Thrills ini, ada beberapa tawaran menarik ditawarkan oleh oleh pihak LEGOLAND Malaysia Resort iaitu:

1. 1-Day Ticket Super Sale
Pengunjung boleh mendapat potongan harga 30% apabila mereka membeli tiket 1-Day Theme Park, 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park berakhir 30 April 2022.

2. Promosi Eksklusif Hotel
Pengembaraan anda bermula di LEGOLAND Hotel apabila anda menempah bilik bertema di sini bermula pada harga RM499 semalam atau bilik bertema premium pada harga RM599, tawaran berakhir 30 April 2022.

3. Tawaran tiket ‘Early Bird’
Penjunjung yang membuat tempahan 1-Day Single Park, 1-Day Double Park, atau 1-Day Triple Park tickets sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal berpeluang mendapat potongan harga tiket sebanyak 25% dari 1 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022.

4. LEGO Retail Deals
Dapatkan hadiah percuma dengan perbelanjaan minima RM199 dan ke atas untuk produk (berharga normal) LEGO® City, Creator, Technic dan Speed Champion. (Tamat 30 April 2022). Juga dapatkan tawaran hebat potongan harga 25% untuk set LEGO CITY, DUPLO, LEGO Friends, Technic dan beberapa produk lagi sementara stok masih ada.

(*Semua promosi adalah eksklusid terdapat di laman rasmi LEGOLAND Malaysia. Klik di sini)

Raya pun semakin hampir dan rasanya ini adalah masa terbaik untuk anda bawa anak-anak mengembara di LEGOLAND Malaysia. Pasti rare bila bergambar baju raya berlatarkan pemandangan LEGO yang awesome di sini. Jumpa anda di sana!

Sebelum ini, LEGOLAND Malaysia pernah menghasilkan mural hebat buat frontliners yang diperbuat daripada 150,000 keping LEGO. Baca lagi pada pautan di bawah.

Guna 150,000 Keping LEGO, LEGOLAND Malaysia Hasilkan Mural Khas Buat ‘Frontliners’