Hai, dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia dan terima kasih di atas sokongan yang anda berikan selama ini. Bagaimana sambutan tahun baru anda kali ini? Adakah menyeronokkan? Kami harap begitulah hendaknya.

Bercerita tentang kemeriahan sambutan perayaan, selalunya rakyat Malaysia suka benar bagi kejutan dengan membaling telur! Ada yang pernah menjadi mangsa? Acara membaling telur ini biasanya berlaku pada malam sambutan tahun baru dan ulang tahun kelahiran, memang sinonim sungguh aktiviti ini.

Tetapi tahukan anda di Sepanyol terhadap satu festival perang telur dan tepung? Ya, perang telur yang lebih ekstrim dari yang biasa anda pernah buat! Festival perang telur dan tepung ini akan diadakan pada setiap 28 Disember pada setiap tahun. Budaya ini sudah wujud sejak 200 tahun yang lalu.

Bunyi macam pelik, tapi itulah keunikkan Sepanyol! Jika di Thailand mereka ada perang air, Songkran dan India pula ada festival tepung warna, Holi maka tidak salah jika Sepanyol juga mempunyai festival unik mereka sendiri. Buat anda yang merancang travel ke Sepenyol pada tahun ini bolehlah timba pengalaman perang telur pula.

Tradisi perang telur ini umumnya disertai oleh peserta lelaki, mereka akan berpakaian seperti tentera dan berkumpul di  Placa de l’Esglesia pada pukul 8 pagi iaitu satu jam sebelum acara perang bermula dan akan berlanjutan sehingga pukul 5 petang! Wow.

Bagi penduduk di kota Ibi, ia adalah sebagai memperingati peristiwa tentang pembantaian orang tidak bersalah oleh Raja Herod suatu ketika dahulu. Apa pun, pesta baling telur ini memang nampak seronok sungguh!

Mesti bau telur ini menusuk dari hidung terus ke jantung, kejam tapi syok! Anda berani ke cuba?