Selepas 2 tahun menyepi disebabkan pandemik COVID-19, akhirnya festival terbesar dan paling dinanti di Malaysia iaitu Nights of Fright (NOF) bakal kembali untuk tahun ke-8.

Dari 30 September hingga 31 Oktober 2022, Sunway Lagoon menjadi tuan rumah untuk lapan rumah berhantu dan menjanjikan lebih ketakutan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain daripada rumah hantu, antara tarikan yang ditawarkan adalah teater berhantu, zon menakutkan, ‘thrill rides’, dan juga beberapa persembahan di pentas utama.

Untuk pengetahuan anda, NOF 8 ini akan dianjurkan seawal jam 7:30 malam sehingga 11:30 malam setiap hari Jumaat sehingga Ahad bermula pada 30 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2022.

Selain itu, Sunway Lagoon juga membuka sesi uji bakat untuk pencarian kru-kru yang ingin bertugas di NOF 8. Untuk maklumat lanjut mengenai Nights of Fright 8, anda boleh layari laman sesawang ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Seperti Dalam Filem Avatar, Putrajaya Secret Garden Bakal Dibuka Kepada Pengunjung

Terdiam Tanpa Kata, Netizen Kecewa Lihat Reaksi Syamsul Yusof Apabila Disoal Tentang Ira Kaza