Telatah usahawan kosmetik Dato Seri Vida dan anak perempuannya Cik B sering saja mencuri perhatian di media sosial sebelum ini dengan perkongsian video dan gambar yang dimuat naik mereka berdua.

Bagaimanapun, keterbukaan mereka dalam berkongsikan kehidupan seharian ada ketikanya tidak sentiasa diterima dengan baik oleh para netizen terutama mereka yang mempertikaikan gaya fesyen yang diperagakan anak perempuannya itu.

Tidak selesa dengan kritikan dan kutukan terbuka yang dibuat netizen sebelum ini, Dato Seri Vida pada semalam akhirnya memuat naik satu video di Instagram yang mempersoalkan tindakan mereka-mereka itu sebelum ini.

cik b
‘Apa masalah dengan OOTD ini?” soal Dato Seri Vida

Fesyen orang lain lagi pelik

OOTD adalah singkatan kepada Outfit Of The Day atau gaya hari ini dan sering digunakan netizen apabila menggayakan sesuatu pakaian untuk dimuat naik di media sosial.

“Kenapa suka kutuk Cik B, cara dia suka pakai begitu.

“Aku tengok fesyen orang lain lagi pelik tapi tiada yang mengata pun, itu pun dia sudah putih,cerah,” soal beliau dalam hantaran di Instagram pada semalam.

Menyedari ramai yang mengutuk penampilan anak perempuannya itu, Dato Seri Vida juga kelihatan seperti kurang faham dengan gaya fesyen bagaimana yang dimahukan netizen.

Malah dia dalam hantaran tersebut berkongsikan pelbagai aksesori termasuk kasut tumit tinggi dan beg tangan berjenama Christian Dior namun Cik B jelasnya lebih gemar dengan fesyen yang diamalkannya sekarang.

“Masalahnya takkan la dia nak pakai kasut tumit tinggi, dia suka pakai kasut ‘rock’ dia.

“Kamu belum tengok cincin dia lagi, habis tu saya nak kata macam mana lagi,” jelas beliau.

Justeru itu beliau meminta pengikut media sosial memberikan masa buat beliau untuk menambahbaik gaya dan fesyen anaknya itu.

Baca juga kisah duka pemain dram kumpulan Fotograf ini yang terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga tahun di luar negara sebelum ini di pautan di bawah. 

Dijaga ‘Luzero’ Dan Makan Daging Kuda, Ringgo Fotograf Kongsi Saat Dipenjara Di Venezuela

‘Kalau Boleh Beri Saya RM10K Sebulan Saya Duduk Rumah’-Mus May

Sumber