FGV Holdings hari ini memberitahu syarikat tersebut telah memeterai memorandum persefahaman bersama Samyang Foods Co Ltd dari Korea Selatan untuk membina kilang ramen halal di Malaysia. Kerjasama ini secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada Malaysia sebagai hub halal bersepadu pasaran global.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan, kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha FGV untuk mempelbagaikan produk keluaran hilirannya dan mampu menembusi pasaran baharu. Tambah beliau lagi kerjasama ini adalah sangat tepat memandangkan industri makanan halal global dijangka akan bertambah pesat menjelang tahun 2025.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
samyang
sumber: the malaysian insight

Setakat ini pasaran halal global merupakan segmen pasaran paling pesat bertumbuh berikutan dengan pertambahan dan permintaan dalam industri makanan halal. Kerjasama ini juga difahamkan akan memberi faedah kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd. untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengedaran global untuk produk SAJI.

Sumber