Tahu Fidget Spinner? Kalau tak tahu anda memang tak up to date! LOL, hahaha. Ok, yang tu saya bergurau saja. Sejak kebelakangan ni saya tengok mainan Fidget Spinner ni makin popular. Menurut pemahaman saya, permainan ini dikatakan boleh menghilangkan stress. Tapi betul ke?

Baik, untuk pengetahuan anda, Fidget Spinner ni sebenarnya sudah lama wujud. Pertama kali dipatenkan adalah pada tahun 1996 oleh Catherine A Hettinger. Menurut Catherine A Hettinger, dengan adanya mainan unik ini, ia diharapkan dapat mengurangi tabiat buruk seperti menggigit kuku atau dapat menghilangkan bosan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Rachel Andrew selaku pengarah Time Psylogy berpendapat bahawa Fidget Spinner ini diyakini dapat membantu orang-orang yang mempunyai masalah psikologi seperti gangguan kecemasan, masalah sukar fokus dan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

Namun setelah hak paten tersebut tidak lagi dipelihara, akhirnya banyak syarikat yang cuba mengembangkan permainan tersebut dengan mempelbagaikan rekabentuk yang lebih menarik. Perkara ini boleh dilihat sendiri sehinggalah laman web kickstarter juga tidak mahu terlepas untuk mempromosikan kempen tersebut.

Tapi yang menjadi persoalannya, adakah mainan ini benar-benar dapat membantu mengurangkan stress atau sekadar ikut trend semata-mata? Di Amerika, permainan ini sudah lama popular. Cuma kita sahaja mungkin agak terlambat untuk cuba. Paling tidak boleh tahan, Fidget Spinner ini pernah dimasukkan dalam senarai permainan yang wajib dimiliki oleh remaja moden pada tahun ini. Fuh, hebat sungguh!

Bagaimana menurut pendapat anda? Adakah kerana terdapat perkataan ‘fidget’ pada nama permainan ini atau ianya sudah terbukti berkesan dapat menghilangkan stress?

Jika betul dapat mengurangkan stress, kami harap semua rakyat Malaysia wajib ada satu! Anda yang berminat oleh dapatkannya di sini.

Cara permainanya sangat mudah, anda hanya perlu pegang dengan dua jari kemudian pusing. Pusinglah sampai hilang stress. Nak teknik lebih advance tengok video di bawah.

Kita tengok berapa lama trend ni boleh tahan.