Beberapa minggu sebelum bermulanya Piala Dunia 2018, permainan terkemuka EA Sports, FIFA 18 telah meramalkan Perancis akan menjuarai Piala Dunia kali ini.

Nampaknya ramalan FIFA 2018 itu menjadi kenyataan semalam. Bukan itu sahaja, ini merupakan kali ketiga berturut-turut EA Sports meneka tepat juara piala dunia; Sepanyol untuk tahun 2010 dan Jerman untuk tahun 2014.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka juga tepat dalam membuat ramalan mengatakan Belgium akan mengalahan Brazil. Cuma ramalan mereka sedikit tersasar apabila bukan Jerman yang bertemu Perancis di final, tetapi Croatia.

Selepas 20 tahun, akhirnya Piala Dunia kembali ke bumi Perancis. Dengan gabungan bakat yang ada, Perancis sememangnya layak untuk bergelar juara. Siapa pula yang akan EA Sports ramal sebagai juara untuk edisi Piala Dunia yang akan datang nanti?