Selepas hangat diperkatakan sekitar hujung tahun 2017 yang lalu, isu ranking FIFA Malaysia seakan sudah ‘sejuk’ dan tidak ramai yang memberikan perhatian.

Keadaan itu berlaku kerana rata-rata peminat bola sepak Malaysia sudah berpuashati dengan ‘pencapaian’ meraih slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League musim 2019 dan 2020 akan datang.

Bagi tahun ini, kemaskini pertama FIFA ranking adalah pada 18 Januari 2018.

Tarikh Kemaskini FIFA Ranking Sepanjang 2018

Membuka tahun 2018, FIFA telah menetapkan tarikh untuk kemaskini ranking FIFA sepanjang tahun 2018 bermula Januari sehingga Disember.

  • Januari: 18 Januari 2018
  • Febuari: 15 Febuari 2018
  • Mac: 15 Mac 2018
  • April: 12 April 2018
  • Mei: 17 Mei 2018
  • Jun: 2 Jun 2018
  • Julai: 19 Julai 2018
  • Ogos: 16 Ogos 2018
  • September: 20 September 2018
  • Oktober: 25 Oktober 2018
  • November: 29 November 2018
  • Disember: 20 Disember 2018

Tarikh-tarikh diatas merupakan tarikh penting bagi semua MA yang bernaung dibawah FIFA kerana mungkin akan ada kejohanan-kejohanan serantau yang akan mengambil kira kedudukan sesebuah MA itu sebagai rujukan proses undian.

Selain itu, MA juga boleh menyesuaikan tarikh kemaskini diatas dengan jadual perlawanan antarabangsa FIFA, bagi membuat perancangan rapi untuk meraih mata dalam perlawanan kelas A sepanjang 2018 ini.

Ramalan FIFA Ranking Malaysia Januari 2018

Berdasarkan keadaan semasa, dimana tiada sebarang kejohanan melibatkan pasukan kebangsaan diadakan, jumlah mata Malaysia dijangka tidak akan berganjak dari 99 mata yang diraih sejak kemaskini Disember 2017.

AFC FIFA RANKjpg

Namun, dari kedudukan ranking FIFA, pasukan negara diramalkan akan turun ke tempat 175, berbanding 174 sekarang ataupun sekurang-kurangnya kekal dikedudukan semasa.

Kutipan 99 mata itu juga diperolehi oleh pasukan-pasukan lain seperti St Lucia dan St Vincent and the Grenadines – yang juga diramalkan berkongsi kedudukan di ranking FIFA 175.

Dikalangan negara-negara ASEAN, Malaysia masih lagi berada dibawah Vietnam (111), Filipina (123), Thailand (128), Myanmar (140), Indonesia (161), Kemboja (173), dan Singapura (174) berdasarkan ramalan yang dibuat.

Jadual Perlawanan Antarabangsa FIFA 2018

Menurut laman web rasmi FIFA, jadual perlawanan antarabangsa kelas A untuk 2018 telah ditetapkan sebanyak 8 slot seperti dibawah.

Slot 1: 19-27 Mac 2018, 2 perlawanan

Slot 2: 3-11 September 2018, 2 perlawanan

Slot 3: 8-16 Oktober 2018, 2 perlawanan

Slot 4: 12-20 Disember 2018, 2 perlawanan

Nota: 14 Jun hingga 15 Julai 2018 adalah Piala Dunia Russia 2018.

Dalam slot 1, Malaysia telah mempunyai 1 perlawanan kelas A antarabangsa bertemu Lebanon, bagi melengkapkan jadual kelayakan akhir Piala Asia 2019.