Jenama kasut Fila baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi terbaru dengan karakter dibawah naungan Nintendo, Pokemon dengan Fila Korea Selatan. Sesuai dengan personaliti masyarakat Korea Selatan yang terkenal dengan fesyen yang kelihatan comel pada si pemakai, koleksi edisi terbaru ini sememangnya sesuai buat mereka gemar dengan kasut rekaan yang comel.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kasut edisi Fila x Pokemon ini diinspirasikan oleh karakter-karakter seperti Pikachu, Charmander, Squirtle, Bubasaur dan Jigglypuff. Edisi kolaborasi ini diperincikan dengan penggunaan leather yang disertakan dengan velcro strap, logo Pokeball, dan motif karakter Pokemon pada bahagian tumit.

Berikut kami kongsikan beberapa gambar yang telah dimuat naik di laman instagram Fila Korea Selatan. Setakat ini koleksi ini hanya dipasarkan di Korea Selatan sahaja dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk dibuka untuk pasaran global.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →