FILA baru-baru ini telah melancarkan model terbaru era kini iaitu Trailblazer melalui koleksi ‘All Weather’. Model kasut ini direka khas buat mereka yang sedang mencari kasut tahan sejuk serta tahan lasak.

Mengulas mengenai sejarah FILA Trailblazer, model ini mula diperkenalkan pada tahun 80-an dan mula mendapat sambutan hangat pada tahun 90-an. Penggunaan material berkualiti dan tahan lasak antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan pengguna untuk mendaki bukit dan gunung sebelum mula digayakan secara kasual. FILA trailblazer ini hadir dengan empat jenis warna iaitu merah, hitam, coklat dan putih.

Model FILA Trailblazer ini bakal mula dijual pada 22 Oktober ini dengan harga $135  (RM562). Buat anda yang ingin mendapatkan model untuk koleksi ini, anda boleh dapatkannya di butik FILA terpilih seluruh dunia.

https_hypebeast.comimage201810fila-trailblazer-all-weather-sneaker-details-1

https_hypebeast.comimage201810fila-trailblazer-all-weather-sneaker-details-2

https_hypebeast.comimage201810fila-trailblazer-all-weather-sneaker-details-3

https_hypebeast.comimage201810fila-trailblazer-all-weather-sneaker-details-4

Jun lalu, FILA turut menghasilkan koleksi khas untuk permainan popular, PUBG. Anda boleh lihat koleksinya di sini.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →