Jika anda masih ingat tentang kehebatan Libya dan Muammar Gadafi yang mampu menukar padang pasir menjadi kawasan yang subur, ini 7 perkara yang perlu diperhalusi melalui filem 13 Hours : The Secret Soldiers of Benghazi dan kehebatan pengarahnya Michael Bay.

1. 19 Mac 2011, US dengan kerjasama rakan penjenayah mereka seperti Britain, Perancis dan Kanada memulakan kempen ketenteraan ke atas Libya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. 20 Oktober 2011, Muammar Gaddafi ditangkap dan dikatakan mati akibat kehilangan darah ditusuk bayonet. Beliau juga di tembak beberapa kali.

3. Tapi dalam 13 Hours, Michael Bay berjaya membina propaganda dengan menunjukkan 6 askar upahan Amerika lebih superior dan dan layak menjadi superhero daripada ribuan rakyat Libya yang sedang dijajah.

4. Menggunakan kepakarannnya membentuk imaginasi seperti filemnya Armageddon, Pearl Harbor & Transformers, Michael Bay mencipta stereotaip US dan askarnya ialah Superhero Marvel yang tak terkalahkan. Propaganda moden menggunakan filem seperti ini sangat berbahaya, seperti kata Edward Bernay; “Modern propaganda is a consistent, enduring effort to create or shape events to influence the relations of the public to an enterprise, idea or group.”

13-hours-3

5. Di akhir cerita – yang dikira berapa orang mati ialah rakyat Amerika. Naratif ini ialah perang media global terhadap naratif rakyat Libya kerana tidak di perkirakan – berapa ratus rakyat Libya yang mati dalam insiden 13 jam itu? Mengapa 1 nyawa rakyat Amerika sangat berharga berbanding 1 nyawa rakyat Libya? Mengapa membunuh rakyat Amerika ialah kesalahan paling besar (dalam masa yang sama tentera Amerika dibenarkan menembak rakyat Libya sesuka hati)? Mengapa menyerang Libya (sejak dari awal) bukanlah satu kesalahan jenayah?

6. Perang kita sekarang ialah perang budaya (meminjam istilah Khomeini). Barat dan Amerika membina naratif mereka sendiri menggunakan tiket seni dan dirai, ditayang, ditonton oleh sejumlah penduduk dunia yang tak sedar di sebalik hiburan dan tayangan wayang TGV, GSC atau MBO – wujudnya propaganda.

7. 1622, Pope Gregory XV mencipta Congregatio de Propaganda Fide atau Office for the Propagation of the Faith dengan tujuan untuk menyelia usaha gereja menjalankan misionari di dunia baharu. Di sebalik itu, ia adalah reaksi ke atas penyebaran Protestantism dan untuk memimpin masyarakat ke “jalan yang benar”. Di hujung filem 13 Hours ini ditulis – Libya kini menjadi sarang ISIS terbesar. Oh Amerika tak rasa bersalah merosakkan negara ini sejak dari awal rupanya.

Baca lagi: Hati-Hati Menonton Filem Hollywood Kerana Anda Tidak Mahu Terjebak Sebegini Teruk