Ada peminat manga di sini? Kalau ada pasti anda kenal sangat dengan manga Fullmetal Alchemist. Akhbar Itali, La Nazione mengambil 3 gambar pihak produksi sedang menjalankan rakaman filem ini di bandar Volterra, Itali dan menunjukkan watak utama, Ryōsuke Yamada dalam persalinan watak Edward Elric.

Walking

HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →
Bandar Volterra di Tuscany, Itali Bandar Volterra di Tuscany, Itali

“Saya ingin filem ini mengikuti persekitaran dalam komik Fullmetal sedekat yang mungkin seperti dalam komik. Watak-watak komik ini semuanya Jepun, tetapi berlatar belakangkan suasana negara Eropah. Tetapi tiada adegan dalam filem ini yang akan menyatakan identiti mereka sebagai seorang Japanese,” kata Fumihiko Sori, pengarah untuk filem ini.

Fullmetal.Alchemist.Brotherhood.full.228615

Fullmetal Alchemist adalah karya Hiromu Arakawa yang dikeluarkan pada tahun 2001 hingga 2010 untuk majalah bulanan Shone Gangan keluaran Square Enix. Sinopsis cerita ini adalah Edward Elric kehilangan tangan dan kakinya manakala adiknya, Alphonse kehilangan badan dan rohnya ditempatkan oleh Elric dalam satu perisai kerana menjalankan satu ritual kuno untuk menghidupkan kembali ibu mereka. Mereka perlu mencari Philosopher’s Stone, jika ingin mengembalikan badan adiknya ke dunia nyata.

Best manga ini. Kalau anda belum pernah baca manga ini, silalah membacanya. Tak sabar tunggu filem ini siap. Nak tengok bagaimana keindahan bandar Volterra digunakan dalam filem ini.

fma02

fma03

BACAAN SETERUSNYA