Nampaknya animasi keluaran negara kita sudah berada di satu tahap yang baru setanding dengan animasi dari luar negara. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang berjaya tercalon dalam anugerah Oscar. Manakala animasi seperti Ejen Ali dan Boboiboy The Movie 2 tidak kurang hebatnya.

Terkini, sebuah filem pendek animasi 2D iaitu Batik Girl yang menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Filem animasi pendek yang berdurasi 9 minit terbitan The R&D Studio ini mengisahkan pengembaraan ajaib seorang kanak-kanak dalam dunia lukisan batik ketika menghadapi pergelutan akibat satu tragedi yang menimpanya.

Sumber:Sinar Harian

Menurut pengarah dan rakan kongsi The R&D Studio, Irwan Junaidy berkata, pihaknya menghasilkan animasi ini adalah untuk menekankan sebuah kisah di Malaysia secara khususnya berlandaskan batik.

“Emosi utama yang diketengahkan di dalam filem ini adalah hubungan erat yang dapat dilihat antara seorang nenek dan cucunya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Batik Girl adalah usaha bersama beberapa pihak iaitu The R&D Studio, Heidi Shamsuddin selaku penulis cerita, Tudidut Studio untuk proses menganimasikan watak dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara untuk komposisi muzik.

Filem animasi pendek ini juga mencipta rekod apabila ditayangkan di 26 festival filem di seluruh dunia dan berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah Filem Animasi Pendek terbaik Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile dan anugerah Honorable Mention in Audience Favourite di Florida.

Sumber:Sinar Harian

Filem animasi pendek ini juga dianugerahkan pingat emas bagi kategori serantau di Digicon6 Asia ke-20 malah Prof Richard William Allen seorang juri di Digicon 6 Asia menggambarkan Batik Girl sebagai sebuah filem pendek animasi fantasi indah yang ditonjolkan melalui reka bentuk karakter dan mainan warna yang harmoni serta imaginasi kreatif.

Rata-rata netizen yang menonton merasa bangga dan memuji animasi pendek ini.

Terdahulu, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal disenaraikan di dalam Oscar 2020. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara 32 Animasi Disenaraikan Untuk Oscars 2020

Filem Animasi ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Menang Anugerah Antarabangsa Di Kanada

Anda Mungkin Suka