Animasi Upin & Ipin memiliki peminatnya tersendiri berikutan jalan ceritanya yang padat dengan unsur nasihat dan menghiburkan. Siapa di sini menggemari siri animasi Upin & Ipin?

Terbaharu, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah memenangi anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (ANIMAZE) di Montreal, Kanada. Perkongsian berita gembira dan cukup membanggakan itu dikongsi sendiri oleh Les’ Copaque di Twitter.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ANIMAZE adalah festival filem antarabangsa berpangkalan di Montreal yang dianjurkan untuk mengiktiraf karya animasi dari seluruh dunia.

Filem arahan Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli terbitan Les’ Copaque Production itu merupakan antara 65 filem dari seluruh dunia yang dipertandingkan.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat negara kita. Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque. Adakah anda tahu ada satu siri animasi yang dikatakan meniru Upin & Ipin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia

Anda Mungkin Suka