Filem terbaru Marvel Studios, Ant-Man and The Wasp baru ini telah berjaya mengutip USD85 juta (RM343 juta+-) untuk pasaran antarabangsa semenjak ditayangkan pada 4 Julai yang lepas.

Untuk pasaran Amerika Utara filem ini telah mengutip sebanyak USD75 juta (RM302 juta+-) dan menjadikan ia telah memasuki senarai top minggu ini di Amerika dan seterusnya 33% lebih tinggi dari filem yang pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kutipan filem ini dijangka meningkat kerana beberapa negara lain masih belum menayangkan filem ini antaranya seperti China, United Kingdom dan Jepun.

Kepada yang belum menonton filem sekuel ini, anda boleh menonton filem ini berdekatan di kawasan anda pada minggu ini. Bagi yang sudah menonton, baca teori peminat tentang end credit filem Ant-Man and The Wasp di sini.