Rizal Halim bakal menempa namanya di persada antarabangsa apabila dia akan keluar dengan filem pertamanya, ‘Lurking Woods’. Filem ini diarah olehnya di Australia. Filem berkonsepkan ‘suspence thriller’ ini dalam proses pengedaran di peringkat antarabangsa dan menurut Rizal, beliau tidak sabar untuk memperlihatkan karya beliau untuk tontonan peminat filem di Malaysia.

“Filem ini mendebarkan dan ketika tontonan awal untuk filem ini di Perth, Australia, kami mendapat respon positif daripada penonton hingga ada yang menangis ketika menonton filem ini,” tambah Rizal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengarah berusia 44 tahun itu turut berkata, selain beliau, anak tempatan lain yang terlibat dengan penerbitan filem itu ialah penerbit, Rod Manikam yang merupakan pemilik Rodman Pictures Pte Ltd yang berpangkalan di Perth, Australia dan Desmond Hew sebagai penulis skrip. Kesemua krew dan pelakon utama filem itu adalah warga Australia.

Mereka juga turut merancang untuk menghantar filem berdurasi 80 minit itu ke pelbagai festival filem di peringkat antarabangsa antaranya ke Toronto Film Festival, Hong Kong, Australia, Cannes, Los Angeles dan Kanada.

Boleh lihat trailer filem ini di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=veaJMMW-PMA

Sumber