Negara Gajah Putih atau lebih dikenali sebagai Thailand sering kali menyajikan kita dengan pelbagai karya kreatif seperti iklan televisyen, video pendek, video muzik dan tidak lupa juga filem-filem mereka.

Filem mereka semuanya menarik belaka dan tidak hanya terikat kepada genre romantik ataupun komedi seperti mana yang ditunjukkan oleh negara-negara Asia yang lain. Kini, negara mereka tampil lagi dengan sebuah filem karya Nattawut Poonpiriya yang berjudul Bad Genius (Chalard Games Goeng).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jalan cerita filem ini amat unik dan tidak pernah penulis saksikan sebelum ini dalam mana-mana filem Asia. Nak tahu apa cerita filem ini? Jom kita mulakan.

filem-bad-genius-4

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah genius bernama Lynn yang baru saja berpindah ke sebuah sekolah elit dengan tajaan biasiswa penuh. Di sekolah elit tersebut, Lynn menjalin persahabatan dengan seorang budak yang bermasalah dari segi akademik iaitu Grace.

Menjadi seorang pelajar di sekolah elit dengan biasiswa penuh dan mempunyai otak genius. What more can you ask for, right? Well here’s the twist.

Lynn mula menolong Grace meniru dalam peperiksaan mereka setelah mendapat tahu ada segelintir guru yang mengajar di sekolah tersebut membocorkan soalan peperiksaan bagi mereka yang mengikuti kelas tuisyen mereka.

Teman lelaki Grace, Pat pula kemudiannya memberi tawaran kepada Lynn untuk menolong dia dan rakannya meniru dalam peperiksaan sekolah yang lain. Sebagai upah, Lynn akan diberikan wang habuan yang banyak. Kaching!

Semuanya berjalan dengan lancar dan Lynn pun mendapat wang yang dijanjikan oleh Pat. Memang layan habis tengok cara-cara mereka meniru. Ada yang tak terbayang oleh kita di Malaysia. Real creative!

filem-bad-genius-2

But all good thing must come to an end. Aktiviti meniru mereka telah dikantoikan oleh seorang pelajar cemerlang di sekolah tersebut, Bank yang telah melaporkan aktiviti Lynn kepada guru besar.

Biasiswa Lynn digantung dan ini turut menjejas peluang Lynn untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di luar negara kelak dengan biasiswa. Sedih. Punah harapan Lynn waktu ni. Nak jadi kaya raya punya hal.

Tapi operasi mereka tidak terhenti begitu saja, Pat dan Grace kemudian mengajak Lynn for one last ride. Kali ini melibatkan peperiksaan STIC yang penting bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Habuan wang yang dijanjikan kali ini lebih lumayan dari sebelumnya hingga mencecah jutaan Baht. Fuhhh! Kurang yakin dengan kebolehan dirinya untuk menjayakan operasi kali ini, Lynn meminta tolong Bank dengan menjanjikannya sebahagian dari wang habuannya.

Adakah Bank akan menolong Lynn? Bagaimana pula dengan nilai moral dalam diri Lynn? Adakah Lynn sanggup membuat sesuatu yang salah hanya sebab terlalu mengejar wang?

filem-bad-genius-3

Kalau nak tahu, pergi tengok nanti di mana-mana panggung yang berdekatan. Owh lagi satu, filem ini berdasarkan kisah benar. Itu yang membuatkannya lebih menarik. Tak sangka betul benda macam ni pun boleh jadi.

All in all, penulis bagi 8/10. (Pssssttt Rotten Tomatoes bagi rating 100%. Serius. Tak tipu). Jalan cerita dia memang layan habis. Pelakon-pelakon semua cantik, lawa, handsome.

So tunggu apa lagi? Segera saksikan filem yang penuh dengan pengajaran dan bermutu tinggi ini. Pasti tak rugi masa anda semua.