Sebuah filem biopik bertajuk Jalan Masih Panjang mengenai tokoh politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam fasa pembikinan. Filem yang kini sedang fasa pengambaran bakal diterbitkan hasil kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Apa yang menariknya, filem yang diarahkan oleh Viva Westi bakal memperkenalkan Farid Kamil yang bakal memainkan watak Anwar Ibrahim manakala watak Datuk Seri Dr Wan Azizah pula bakal dimainkan oleh Acha Septriasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Setakat laporan ini ditulis, tidak dapat dipastikan apakah jalan cerita filem terbaharu karya hasil usahasama kedua negara ini. Namun kebanyakan netizen di sosial media merasa teruja dengan filem yang akan datang ini.

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah adalah dua tokoh politik Malaysia. Anwar antara watak yang mencetuskan revolusi budaya politik di Malaysia yang selama ini dipegang oleh satu parti sahaja. Manakala Wan Azizah pula pernah menjadi satu-satunya wanita yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kali ini, Anwar memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang sebelum ini dipegang oleh Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu. Manakala Wan Azizah pula akan berdepan dua ahli politik veteran dalam pertandingan tiga penjuru untuk merebut kerusi Bandar Tun Razak sebagai calon tunggal wanita.