Selalu kita dengar filem biopik tentang teknologi, tapi untuk tahun ini penerbit berdarah Itali-Kanada Andrea Iervolino dan kumpulan Ambi Monika Bacardi sedang membangunkan sebuah filem biografik berdasarkan kehidupan Ferruccio Lamborghini, ahli perniagaan Itali yang mengasaskan jenama kereta mewah, Lamborghini.

Buat masa sekarang, projek itu diberi nama Lamborghini – The Legend. Filem itu akan memaparkan kisah bagaimana Lamborghini bermula sebagai pembuat traktor agrikultur, kemudiannya membuat peralatan ketenteraan semasa perang dunia kedua, dan akhirnya membuat kereta mewah pada tahun 1963. Anak pengasas, Tonino Lamborghini akan membimbing tim filem yang dijangka memulakan penggambaran pada musim panas ini di Itali.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Menurut Variety, Andrea Iervolino berkata filem ini sangat signifikan. Beliau bangga kerana berpeluang untuk membuat filem tentang seorang ikon yang memberi impak kepada dunia, dan meninggalkan legasi yang berkongsi perjuangan yang sama.

Ferruccio Lamborghini antara ahli perniagaan terawal yang membawa nama Itali ke mata dunia. Bukan saja dalam industri kereta tapi semua produk yang dihasilkan di Itali. Beliau bermula dari zero, dengan hanya menyandarkan kepada semangat yang tinggi dan keinginan yang tinggi untuk berjaya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka