Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah filem dalam talian yang memaparkan pelbagai watak daripada kisah rakyat negara China telah dikritik kerana didakwa meniru filem hebat Marvel Studios, The Avengers.

China Captain, tajuk yang mirip filem Marvel Captain America telah dilancarkan di Tencent Video pada 18 Mei yang lalu. Filem ini mengisahkan sekumpulan adiwira tempatan yang bertarung dengan sekumpulan wira dari luar yang datang ke China.

Filem berkenaan diarahkan oleh He Yizheng dan dilakonkan oleh pelakon tidak ternama antaranya Zheng Xiaofu, Li Taiyan dan Du Qiao.

Jika Avengers ada Thor, China Captain ada Sun Wukong (Monkey King) yang terkenal menerusi siri novel Journey To The West, sami Jo Gong dan juga Bruce Lee sebagai adiwira dalam filem ini.

Penonton di sana yang sudah menonton berkata filemnya sangat teruk kerana mereka berhenti menontonya di tengah jalan kerana jalan ceritanya yang lemah ditambah lagi dengan efek CGI yang tidak menarik.

Elemen filem Marvel paling ketara yang ada pada filem ini adalah adegan panel komik di permulaan filem dan adegan ‘Avengers, assemble‘ di penghujung filem ketika para adiwira mahu berlawan dengan penjahat.

Walaupun film ini agak cringe, ia tetap mendapat rating 7.7 di Tencent Video, rating yang agak tinggi untuk sebuah filem yang gagal. Menariknya versi penuh filem ini boleh ditonton di laman YouTube dan anda boleh menontonnya pada video di atas.

Bercerita tentang Marvel, Kevin Feige sebelum ini mengaku tersilap langkah apabila memilih ‘orang putih’ untuk watak The Ancient One. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kevin Feige Akui Salah Pilih Pelakon Bagi Watak ‘The Ancient One’ Dalam Doctor Strange

Hairul Azreen Disenarai Sebagai Pelakon Bagi Filem Aksi Antarabangsa ‘Berzerker’

‘Ini Kain Buruk’, Gurauan Ryzal Ibrahim Tentang Pakaian Tradisi Iban Undang Kecaman Netizen

Anda Mungkin Suka