Pasti anda pernah menonton siri Dora the Explorer dan masih ‘fresh’ lagi lagu-lagu dan pertanyaan dalam siri tersebut. Kini, filem Dora and The Lost City of Gold adalah satu hadiah buat anda penggemar siri tersebut.

Sedikit sinopsis filem Dora and The Lost City of Gold ini adalah filem ini mengisahkan kehidupan Dora yang berpindah ke bandar untuk merasai pengalaman dan menempuh alam persekolahan selepas lama mengembara bersama ibu bapanya. Selepas itu, Dora dan rakan-rakannya ditangkap oleh organisasi rahsia dan mereka mencuba dalam misi menyelamatkan kedua ibu bapa Dora dan menyelesaikan misteri ‘Kota Emas’, Parapatha.

DORA THE EXPLORER
Sumber: Vanyaland

Akan tetapi, jalan cerita agak lambat dan kurang faktor ‘wow’ dalam filem ini. Walau bagaimanapun, beberapa babak dalam filem ini tetap menghiburkan kerana mengembalikan nostalgia siri Dora the Explorer dahulu seperti babak interaksi Dora yang bertanya kepada penonton dan nyanyian juga diselitkan.

Filem Dora and The Lost City of Gold ini merupakan satu kejayaan apabila menjadikan satu siri animasi kepada ‘live action’ dan latar masa filem ini adalah ketika Dora remaja dan bukannya kanak-kanak seperti dalam sirinya menampilkan sedikit kelainan. Apa yang menjadikan filem ini terbaik dan wajib ditonton? Mari kita lihat faktor-faktor yang menjadikan filem ini karya wajib tonton.

VLC-002592-1280×720
Sumber: Google

Pemilihan Isabel Moner sebagai Dora adalah tepat. Tidak dapat dinafikan bahawa Isabel Moner kelihatan sesuai untuk melakonkan watak Dora. Malah, anda dapat lihat usaha Isabel yang telah mencuba yang terbaik untuk menjayakan watak tersebut. Dari segi penampilan yang ditonjolkan, Isabel Moner tampil hampir serupa dengan karakter dalam siri animasi dimana hadir dengan rambut gaya bang, bermata besar dan baju yang dipakai juga hampir serupa.

Justeru itu, Karakter yang ditampilkan iaitu ceria dan aktif juga sangat sinonim dengan karakter Dora. Walau bagaimanapun, ada seketika Isabel kelihatan terlalu mencuba untuk fit in dalam karakter sehingga kelihatan awkward dan kaku. Akan tetapi, secara keseluruhannya Isabel Moner berjaya membawa watak Dora dengan baik.

3558199-dora-swiper (1)
Sumber: Google

Selain itu, pasti anda cukup kenal dengan watak Swiper, si pencuri boleh dikatakan sering menjadi penghalang kepada Dora dalam siri animasi. Sama juga wataknya dalam siri yang dibawa ke filem, watak Swiper dalam filem ini menjadi antara tumpuan penonton kerana terhibur dengan gelagatnya. Mana tidaknya, Swiper dalam filem ini tidak ‘bijak’ untuk melakukan kegiatannya dan itu yang menjadikan penonton terhibur.

Dapat dilihat bahawa filem Dora and The Lost City of Gold just nice untuk ditonton bersama keluarga kerana menerapkan nilai-nilai yang positif seperti kekeluargaan, kesetiaan, kasih sayang dan banyak lagi. Malah, bagi penonton dewasa yang telah mengikuti siri Dora the Explorer tidak akan kecewa malah akan berasa tidak percaya kerana siri animasi kegemaran mereka dahulu kini sudah ada dalam bentuk ‘live action’.

Bagi anda yang belum menonton filem ini, anda boleh menontonnya di pawagam terdekat anda sekarang. Malah, anda boleh tonton dahulu trailer rasmi Dora and The Lost City of Gold di sini.

Sumber