Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kehangatan filem Ejen Ali: The Movie masih terasa walaupun ia ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Buat anda yang tidak pernah menonton filem Ejen Ali: The Movie, pastinya berita ini akan buat anda tersenyum.

Kini, anda boleh menonton filem animasi yang epik ini di Netflix. Difahamkan, filem Ejen Ali: The Movie ini telah ditayangkan secara rasmi di Netflix mulai semalam.

Screenshot 2020-11-01 at 10.05.35 PM

Malah, filem Ejen Ali berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.86 juta ketika tayangan pembukaan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Tidak hanya itu, filem tersebut mendapat sambutan dan komen positif dalam kalangan peminat filem tempatan.

Jadi, tunggu apa lagi? Bolehlah tonton filem Ejen Ali: The Movie di Netflix bersama keluarga anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, kami kongsikan kenapa filem ini merupakan filem animasi terbaik pada tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

Anda Mungkin Suka