Filem Garang baru sahaja ditayangkan di layar perak bermula 5 Disember lalu di seluruh Malaysia. Filem ini merupakan filem Malaysia pertama yang menampilkan pelakon-pelakon Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai watak utama.

Filem ini dihasilkan berdasarkan kisah benar dan mengisahkan tentang seorang atlit paralimpik yang mewakili negara dalam acara sukan lumba kerusi roda.

Namun, filem ini kurang mendapat sambutan daripada orang ramai menyebabkan penerbit filem tersebut, Dakshina Muriti berasa terkilan.

Menurut beliau, tujuan utama filem ini diterbitkan adalah untuk mencari dana bagi  bagi membina sebuah asrama baru untuk pelatih OKU di Bengkel Sampul Surat di Batu Pahat, Johor.

Namun, disebabkan kurangnya sokongan dari orang ramai, misi tersebut telah terbantut dan tayangan filem itu boleh dihentikan bila-bila masa sahaja.

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta termasuk pembikinan dan pemasaran itu dibintangi Pablo Amirul, Ahmad Maembong (OKU Fizikal), Osman Omar (OKU Fizikal), John Elijah (OKU Fizikal), Chacha Maembong, Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Izam Abdul Hamid (OKU Fizikal) dan Shukur Abd Hamid (OKU Fizikal).

Marilah sama-sama kita menyokong filem ini supaya misi yang diimpikan tercapai. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menyokong filem-filem tempatan untuk menggalakan lagi pertumbuhan industri tempatan.

Baru-baru ini Netflix mengumumkan bahawa Money Heist part 4 akan ditayangkan pada 3 April 2020. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Money Heist Part 4 Akan Ditayangkan Pada 3 April 2020

Lihat Steve Trevor Kekal ‘Hidup’ Dalam Trailer Pertama Wonder Women 1984

Sumber