Ini merupakan berita yang membanggakan buat rakyat Malaysia apabila pengarah yang berasal dari Malaysia iaitu Darius Shu hadir dengan filem pendek pertamanya dan terpilih untuk Festival Filem Robert De niro.

Filem His Hands itu merupakan karya pertama beliau untuk Festival Filem Tribeca dan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan apabila karya pertama berjaya memasuki festival filem yang cukup berprestij. Untuk pengetahuan anda, filem tersebut adalah antara 63 filem yang dipertontonkan di festival filem dan para pengkritik filem telah menonton dan memberikan pandangan mereka.

Menariknya, filem epik yang berdurasi 13 minit itu hanya bermodalkan $400 (~RM2,000) dan menampilkan Arron Blake sebagai pelakon utama dalam filem tersebut dan filem itu dirakam oleh Darius Shu sendiri. Malah, filem itu hanya menggunakan 3 orang sahaja untuk menghasilkan filem tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Darius Shu dan anda boleh tonton trailer rasmi filem ‘His Hands’ ini.

Sumber