Ini ulasan KONG: SKULL ISLAND.

Sinopsis

Sebuah pertubuhan rahsia kerajaan melancarkan satu ekspedisi ke Skull Island, sebuah kawasan yang belum diterokai di Pasifik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Diketuai oleh seorang pengembara Bill Randa (John Goodman) dan Leftenan Kolonel Preston Packard (Samuel L. Jackson), kumpulan itu merekrut bekas tentera British James Conrad (Tom Hiddleston) dan wartawan Mason Weaver (Brie Larson) untuk menyiasat aktiviti seismik pelik.

Tetapi setibanya di sana, mereka mendapati bahawa Skull Island adalah rumah kepada gergasi yang bergelar King Kong, dan mendapati diri mereka terperangkap dalam perang berterusan antara binatang dan pemangsa di pulau misteri ini.

Ulasan

Di bawah teraju Industrial Light & Magic dan teknologi motion-capture, visual effect Kong bersama kehidupan-kehidupan lain di Skull Island adalah yang terbaik dalam sejarah filem-filem King Kong terdahulu.

Penggunaan alam sekitar yang penuh elemen bahaya, cukup memberi impak membuat penonton yang pasti rasa gerun pada setiap babak.

Pengarah sinematografi yang punyai rekod filem seperti ‘300’ ke ‘BvS: DAWN OF JUSTICE’ juga bijak merakam babak pertempuran air-to-ground pada permulaan filem dan juga babak-babak dramatik.

Babak paling intense ialah kreativiti produksi menggunakan flash kamera cukup membuat anda rasa berdebar-debar. Tidak ada ayat yang boleh diungkap melihat kegemilangan King Kong di atas skrin IMAX 3D!

Pengarah Jordan Vogt-Roberts terlalu fokus terhadap teknikal perfileman, dia terlupa elemen terpenting dalam semua filem King Kong iaitu elemen kemanusian.

King Kong versi 1933, 1976 dan 2005 semuanya berjaya kerana bermain dengan emosi penonton. Hubungan manusia dan Kong kali ini sangat hambar, ada satu babak yang sepatutnya establish connection antara Mason, James dan Kong tetapi menjadi babak air mata yang sangat awkward.

Lawak jenaka antara tentera Amerika juga terasa amat memaksa membuatkan anda rasa apa penulis skrip cuba lakukan sebenarnya?

Kita ada pelakon grade A yang sepatutnya menyokong ‘kekuatan’ Kong tapi Tom Hiddleston hanyalah action hero menjual badan sasa, Brie Larson seorang pemenang Oscar tapi hanya pandai kaku memegang kamera, Samuel L. Jackson pula mahu menjadi Captain Ahab yang sangat overacting.

Tidak ada seorang watak-watak utama punyai keserasian kecuali watak kecil Hank Marlow (John C. Reilly) dan musuhnya Gunpei Ikari (MIYAVI).

Filem ini sebenarnya punyai terlalu banyak pelakon yang diperkenalkan sebagai watak penting tapi akhirnya sia-sia, terutama sekali watak ahli biologi San Ling (Jing Tian) dan Major Jack Chapman (Toby Kebbell) yang sebenarnya tak wujud pun tak apa.

Mungkin akibat di bawah pengarah kurang berpengalaman, ‘KONG: SKULL ISLAND’ sebenarnya boleh jadi lebih hebat dan epik dari ini.

Tapi babak selepas ending credit berjaya menyelamatkan filem ini pada saat terakhir kerana ia menjanjikan kepulangan zaman kegemilangan kaiju.

Jadi jangan balik dulu, tunggu!

Saksikan ‘Kong: Skull Island’ dipawagam berhampiran anda mulai 9 Mac 2017 edaran Warner Bros Malaysia.

Skor filem: 3/5