Nampaknya peminat siri filem Kingsman akan gembira dengan perkhabaran ini. Kingsman 3 bakal mula penggambarannya hujung tahun ini menurut pengarah filem tersebut, Matthew Vaughn.

Untuk pengetahuan anda, Kingsman 3 adalah filem yang akan ditayangkan setelah filem Kingsman: The Great Game ditayangkan pada 14 Februari 2020. Filem Kingsman: The Great Game merupakan filem prequel yang akan membawa anda meneroka asal-usul agensi itu pada awal tahun 1900-an hingga peristiwa Perang Dunia 1.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

kingsman-the-golden-circle2

Malah, dalam filem prequel tersebut, dikhabarkan tiada watak Eggsy. Pastinya ramai peminat filem tersebut hampa dengan berita itu. Akan tetapi dalam filem Kingman 3, dikhabarkan ia adalah pengakhiran kisah antara Eggsy dan Harry.

Walau bagaimanapun, tarikh rasmi tayangan filem Kingsman 3 masih menjadi tanda tanya. Pastikan anda menonton filem Kingsman: The Great Game sebelum menonton Kingsman 3 kelak.

Anda Mungkin Suka