Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei berjaya melakar sejarah secara individu apabila berjaya mencipta nama dalam The Malaysia Book of Record dan Asia Book of Record apabila tayangan perdana filem biografinya diiktiraf sebagai tayangan perdana terbesar di asia.

Filem beliau turut diiktiraf dalam The Malaysia Book of Record dengan tayangan gergasi LED bersaiz 40 meter x 17 meter. Tayangan perdana filem ini menerima kehadiran penonton seramai 20,000 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

‪This is for you, Malaysia 🇲🇾 @leechongweimovi #LEECHONGWEIMOVIE ‬#worldpremiere

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Filem tersebut yang bakal menemui penonton pada 15 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia berkisar tentang perjalanan hidup Lee Chong Wei sebelum menjadi pemain badminton No.1 dunia. Menurut beliau sendiri, filem biografi itu diharap dapat memberi inspirasi kepada atlet-atlet negara untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Kami kongsikan trailer filem ini untuk tontonan peminat Datuk Lee Chong Wei yang sudah tidak sabar lagi menantikan tayangan filem ini di pawagam.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group