Dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam, filem biografi epik, ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ terus mencetuskan fenomena luar biasa apabila meraih kutipan tiket berjumlah RM53 juta.

Justeru itu, kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan lokasi penggambaran filem Mat Kilau di Padang Koba Teluk Bakong, dekat Bota sebagai destinasi tarikan pelancong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, cadangan tersebut dilihat baik untuk menarik kehadiran pelancong bagi mengunjungi lokasi penggambaran filem hebat itu.

“Ini satu cadangan yang baik. Setakat ini, kita belum melakukan apa-apa untuk mengekalkan lokasi penggambaran terbabit kerana difahamkan, ia bukan set kekal.

“Jadi, kita akan lihat cadangan, sama ada kita perlu kekalkan lokasi berkenaan sebagai destinasi pelancongan filem popular,” kata Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Tambahnya, Perak mempunyai banyak lokasi menarik yang sesuai untuk dijadikan set penggambaran dan ia telah pun terbukti menerusi beberapa filem sebelum ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

‘Rupanya Kena Bayar RM1,000 Untuk Salt Bae Tabur Garam’ – Aeril Zafrel Tidak Anggap Satu Pembaziran Makan Di Nusr-Et

Hampir 400 Mangsa ‘Scam’ Tunai Haji, Netizen Luah Rasa Simpati Dan Mahu Pelaku Ditangkap