Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kehadiran filem kontroversi yang bercanggah dengan ajaran Islam sekaligus menjadi perbualan hangat si media sosial. Jadi, Jabatan Kebajikan Islam Malaysia telah diarahkan dengan segera untuk meneliti kandungannya.

Selepas penelitian dibuat, JAKIM mengesahkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie yang ditonjolkan dalam filem berjudul Mentega Terbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: iu

Sehubungan itu, JAKIM menasihatkan penggiat seni kreatif agar lebih berhati-berhati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat.

Sedikit informasi berkenaan filem ini, Mentega Terbang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Aisyah yang terngiang-terngiang di dalam mindanya tentang persoalan kehidupan selepas mati, syurga, neraka dan kebenaran. Ditambah pula karakter ayah yang liberal dari segi akal dan pemikiran sekaligus membenarkan anaknya menganut mana-mana agama dimahukan.

Oleh itu, JAKIM sekali lagi menasihatkan masyarakat awam agar lebih berwaspada dalam memilih rancangan TV untuk tontonan seisi keluarga sama ada di platform dalam talian mahu pun di mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah.