Filem Munafik 2 kini dikatakan akan berada di tontonan aplikasi Netflix mulai 1 Mei ini. Ini merupakan berita baik buat anda semua yang masih lagi menyokong filem tempatan yang berkualiti dan bermutu ini.

Sebelum ini filem Munafik 2 yang mula ditayangkan di pawagam pada 30 Ogos lalu, telah memecah rekod sebagai filem Melayu pertama yang berjaya mengutip RM40 juta dalam masa 17 hari tayangan sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan mudah untuk sebuah filem tempatan mendapat tempat di hati penonton dan sekaligus berjaya mengutip dengan jumlah kutipan yang sangat besar. Saksikan kembali filem Munafik 2 yang penuh dengan konflik agama dan mesej yang berguna di aplikasi Netflix anda mulai 1 Mei ini.