Filem Paskal telah mencipta sejarah tersendiri apabila filem ini berjaya mengaut kutipan RM22 juta dalam tempoh 18 hari tayangan.

Ini merupakan kejayaan yang amat besar bagi pembikinan filem berunsur patriotik gagal mendapat tempat di hati penonton sehingga penerbit tidak mahu mengambil risiko untuk menghasilkan filem seperti ini dan lebih kepada filem romantik dan seram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakan orang ramai yang pernah menonton filem ini mengakui mereka telah menyaksikan filem ini lebih dari sekali. Filem ini telah ditayangkan di Singapura dan ia turut mendapat respon positif dari penonton dari negara tersebut.

https://twitter.com/AmarKedingg/status/1049328113480429568

https://twitter.com/atkhdhyh_/status/1048504326908391425

Kepada yang belum menyaksikan filem ini, anda boleh menonton filem di pawagam yang berdekatan dengan kawasan anda. Tahniah buat pengarah filem Adrian Teh dan pelakon kerana berjaya menghasilkan filem patriotik yang hebat ini.