Anda pasti ingat beberapa bulan yang lalu, pelakon terkenal, Joseph Gordon-Levitt telah meminta rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam projek video terbarunya.

Terbaharu, setelah menghabiskan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan projek ini, akhirnya filem pendek ‘This is Malaysia’ hasil kerja Joseph Gordon-Levitt bersama-sama dengan hitRECord kini sudah boleh ditonton.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Proud to share "This Is Malaysia," the finished short film we created collaboratively on hitRECord! HUGE thank you to…

Posted by Joseph Gordon-Levitt on Thursday, October 1, 2020

“Bangga untuk berkongsi‘ This is Malaysia ’, filem pendek yang kami hasilkan secara kolaboratif bersama hitRECord! Terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam projek ini,” katanya di laman Facebook.

Video itu mempamerkan sisi keindahan negara Malaysia. Kebanyakan netizen tampil memuji hasil video tersebut. Mereka gembira apabila kecantikan Malaysia diserlahkan oleh salah satu bintang terbesar di dunia.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pelakon ‘500 Days Of Summer’ Ini Cari Individu Boleh Berbahasa Melayu Di Facebook

Anda Mungkin Suka