Jam hampiri pukul 11 pagi, tangan masih scrolling Instagram news feed. Mata tertarik dengan caption daripada Ummi Nazeera di bawah satu video. Bukan sebab dia duduk di sebelah Farah Fauzana di dalam satu majlis tetapi tentang kepentingan bawa tisu.

Tisu? I was like “What the heck?”. Waktu itu video tersebut dimainkan dan barulah tahu ramai telah mengalirkan air mata apabila menonton sebuah filem pendek arahan Rizalman, pereka fesyen terkenal itu.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Ini posting Ummi Nazeera yang telah trigger my inquiry spirit:

Fullscreen capture 29052015 122332.bmp

Lalu, jari pantas menaip “Rizalman for Zalora” di Youtube sepertimana yang telah ditulis oleh Umi Nazeera di penghujung caption Instagram miliknya. Tajuknya Lara, sebuah filem pendek yang dibuka dengan kata-kata Scha Alyahya:

Kasih dan sayang tidak mengenal erti perbalahan
Rindu tidak mengenal erti kejauhan
Ikatan tidak mengenal erti kebebasan

Disusuli, “Adik rindu kakak.”

Selepas itu semuanya dikuatkan dengan ekspresi yang telah menyentuh perasaan di lubuk hati ini. Perbalahan antara ibu dan anak sehingga anak terluah kata-kata benci kepada ibu sendiri telah memisahkan jauh kakak dan adik. Walaupun berbalah dan jauh, hati masih rindu pada ikatan kekeluargaan meskipun hidup kini lebih baik. Kerna hati tetap rasa kosong.

Untuk anda fahami sendiri apa yang telah buat ramai orang memerlukan tisu apabila menonton filem pendek Lara, tonton ini:

Speechless. Diri sendiri pernah rasa homesick ketika belajar jauh daripada keluarga. Tapi ini lebih parah kerana perpisahan yang terjadi membentuk luka di hati. Hanya keberanian dan menolak tepi ego dapat menyembuhkan luka dan menyatukan semula keluarga tersebut.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka