Misteri perempuan berkebaya merah akhirnya terjawab malam semalam apabila Astro Shaw semalam berkongsi satu trailer untuk filem terbaru mereka, DUKUN. Menjadi juga strategi pemasaran mereka untuk filem ini.

Dukun memang satu filem yang sudah lama ‘diperam’. Proses penggambaran filem ini dijalankan tahun 2006 lagi dan dijangka keluar pada tahun 2007. Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengambil keputusan mengharamkan filem ini memandangkan jalan ceritanya yang berkemungkinan menyinggung perasaan keluarga pihak berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem penuh kontroversi ini diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey. Antara pelako tonggak dalam filem ini adalah Datin Paduka Umie Aida, Namron, Soffi Jikan, Elyana dan Faizal Hussein.

12 tahun kemudian, filem ini akhirnya akan berada di pawagam secara sah. Walaupun awal tahun ini filem Dukun ‘lolos’ di laman Facebook, tetapi versi yang tertiris di media sosial bukanlah versi penuh. Jadi untuk anda mengetahui penamat untuk filem Dukun, silalah ke pawagam 5 April ini.

P/S: Filem ini adalah arahan pengarah terkemuka Dain Said yang sebelum ini hebat mengarah filem Bunohan. Jika ianya Dain Said, kita sudah dapat jangka kualiti filem ini. Dari trailer rasmi ini pun sudah dapat rasa ‘auranya’.