Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hanung Bramantyo tidak bersetuju dengan karya adaptasi novel ke filem secara bulat-balat persis apa yang tertulis di dalam novel.

“Jika disalin bulat-bulat apa guna dibuat filem dan menontonnya? Baik baca novelnya sahaja sudah cukup,” ujar Hanung semasa sesi wawancara bersama Marissa Anita dalam rancangan 1 Indonesia yang ditayang di Net., salah satu stesen televisyen di Indonesia.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Siapa yang tak kenal Hanung ini atau pertama kali dengar namanya, dia ialah antara pengarah yang top di Indonesia selain Garin Nugroho, Riri Riza, Joko Anwar, Ifa Isfansyah, Angga Dwimas Sasongko dan beberapa orang lagi.

Filem Syurga Yang (Tak) Dirindukan 2 (sambungan dari yang 1) naratifnya memang mirip dengan Ayat-Ayat Cinta iaitu mengangkat faham Poligami.

Kalau tengok kedua-dua filem ini yang diarahkan oleh Hanung memang ada yang berlainan (tapi tak banyak) daripada apa yang asli ditulis oleh Asma Nadia dan Habiburahman Al-Shierazy dalam novel.

Sebenarnya pengarah filem pertama dan kedua Syurga Yang Tak Dirindukan ini adalah orang yang berbeza. Hanung mengarah untuk filem kedua ini, manakala filem pertama diarah oleh Kuntz Agus.

Persoalan yang menarik untuk diperhatikan di sini kenapa Hanung menjadi sutradara untuk filem yang kedua?

Kalau kita masuk ke perasaan dalam Hanung, dia ini memang terang-terang cakap yang sepanjang dia buat filem, Ayat-Ayat Cinta adalah filem yang membuatkan dia rasa paling bersalah. Terutama kepada wanita, isterinya Zaskia kerana memaparkan isu poligami. Manakala filem yang paling isteri dan dia suka adalah filem Tanda Tanya (?).

Jadi kita tahu sebab apa Hanung (pilih dan setuju) untuk mengarah filem kedua Syurga Yang Tak Dirindukan sebab filem kedua ini Syurga itu dah berubah jadi dirindui.

Konflik poligami itu tak epik macam filem pertama lagi dah. Pada filem yang kedua ini, naratif poligami itu sudah tidak menyakiti hati perempuan lagi malah mendamaikan.

Jika ada yang tak setuju kenapa pengakhiran filem kedua itu bertentangan dengan permintaan Arini, itulah isu poligami yang cuba diangkat oleh Asma Nadia dalam novel asalnya dan filem ini iaitu poligami akan menjadi zalim dalam kondisi isteri pertama sihat dan tidak bermasalah (kisah filem 1).

Kalau mahu juga poligami dengan alasan demi anak-anak yang ingin dibesarkan dengan kasih sayang yang cukup daripada seorang ibu (mungkin) langsungkan pernikahan selepas isteri pertama meninggal dunia, bukan dengan memilih jalan poligami (kisah filem 2).

Jadi ini naratif penceritaan Syurga Yang Tak Dirindukan dari awal hingga akhir. Walaupun sebenarnya yang lebih penting daripada itu (yang nak disampaikan penulis) ada dalam dialog Arini kepada Meirose:

“Jaga baik-baik cincin mu ini. Ini adalah syurga kamu.”

Point pentingnya, syurga sebenar adalah bahagia dengan satu perkahwinan sahaja selagi masing-masing mampu menunaikan tanggungjawab dan lelaki tidak mempoligami isterinya selagi mana isterinya boleh memberi tanggungjawab yang hakiki. Jadi tindakan Pras selepas kematian Arini adalah untuk menutup naratif penceritaan yang sudah dimulakan dari awal.

Kalau anda ikuti filem-filem Hanung, memang ada simbol-simbol yang kita tahu itu adalah air tangan Hanung. Ini yang hebat tentang Hanung. Dia tak suka adaptasi bulat-bulat sebab Hanung ada idealisme sendiri yang dia cuba nak sampaikan. Ada yang tersurat atau yang tersirat (yang ikut dia tahu lah kot), begitulah dalam banyak filem yang dia arahkan.

Sang Pencerah, Perempuan Berkalong Sorban, Hijab, Rudy Habibie, Cinta Tapi Beda, antara filem Hanung yang bagus malah kontroversi.

Tapi cara Hanung bercerita itu menarik, bukan dalam bentuk khutbah yang macam Desolasi baru-baru ini sampai nak termuntah 3 minit pertama. Perang Syria, puisi W.S Rendra (antaranya) yang walaupun disentuh cuma bersaat dalam filem Syurga Yang (Tak) Dirindukan 2 ini tetapi begitu mendalam jika dihayati.

Artikel di atas disumbangkan oleh Asri Yusoff. Eksekutif Pemasaran. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka